salam semua..

munajatku..padaMU Tuhan..
Ampuni dosa ku masa silam..
sempurnakanlah kehidupanku..
murahkan rezeki dengan nikmat MU ..
jadikanku hamba bertakwa..
Tiang Iman untuk AGAMA..

Isnin, 29 Mac 2010

bicara isteri

"abg, petang nanti jom kite melawat kawan umi, k'yan dia baru bersalin.."
ok..x de hal jawab saya..
"tetapi anak yang dilahirkan kurang sempurna la abg? kesian k'yan..cm ner emosi dia?"

itu lah bicara kami pada  petang ini..melawat teman isteri yang baru melahirkan cahaya mata yang kurang sempurna.."mcm mana kalu berlaku perkara tu pada kita ye abg?'tanya isteri tersayang.

"walau ape pun sayang, bayi itu tetap hak milik ALLAH yang dipertanggungjawabkan pada hambaNYA..terima lah dengan seadanya. ALLAH itu maha mengetahui tentang segalanya.kita hanya insan yang lemah.jangan lah berfikir negatif, itu yang penting..satu kelebihan yang utama adalah 'Kita insan yang terpilih oleh ALLAH bagi memikul tanggungjawab tersebut.ALLAH tahu kita adalah insan yang kuat, yang boleh menghadapi segalanya.ALLAH tidak akan memberi tanggungjawab pada insan yang lemah..jadi bersyukurlah kita adalah INSAN YANG TERPILIH.."

kanak-kanak istimewa..brp ramai ibubapa yang dapat menerima hakikat sebegini? anak yang dilahirkan bagi pelengkap kehidupan, tetapi berlaku sebaliknya..adakah ini satu bebanan?. Bagi ibubapa yang berpegang teguh pada Qada dan Qada' daripada ALLAH tentu tersenyum kebahagian..Namun bagi yang sebaliknya,sudah tentu merintih, menangis tidak menerima hakikat..

Apa  yang penting, bersabarlah..kita hanya merancang tetapi ALLAH yang menentukan perancangan hidup setiap insan..Untuk anak yang bakal dilahirkan oleh isteri yang tersayang..

Abi mendoakan agar dikurniakan kesihatan yang baik, sempurna sifat fizikal dan mental bagi menempuh alam dunia ciptaan ALLAH..Abi menerima seadanya anugerah yang tidak ternilai daripada ALLAH S.W.T..iaitu seorang ANAK.. 

"Jangan sangka bahawa anda akan diberikan anugerah dalam segala hal, tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat banyak kebaikan. Sedangkan jika anda berfikir bahawa anda akan mendapat seluruh anugerah dan pemberian, maka hal itu adalah mustahil"...

Jumaat, 26 Mac 2010

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2010

Budaya ilmu adalah dengan budaya membaca..Alhamdullillah, untuk tahun ini kami masih lagi sempat untuk menghadiri 'Pesta Buku Antarabangsa 2010' yang bermula pada 17 - 28 Mac 2010 di PWTC K.L..Buat isteri yang tersayang, terima kasih tak terkata di atas pengorbanan yang teelah diberikan kerana walaupun sedang sarat 'mengandung' cahaya mata kami yang pertama tetapi masih sudi menemani suami mu ini mencari bahan bacaan.Mudah-mudahan anak yang dikandung juga dapat memahami suruhan pertama dari ALLAH kepada umat manusia tentang "IQRA'.."iaitu BACALAH..

Seperti biasa, bajet yang kami tulis untuk pesta buku kali ini hanya tertulis diatas kertas..namun aku tetap berpegang pada prinsip"orang yang minat membaca tidak akan merasa rugi untuk menghabiskan duit untuk membeli bahan bacaan"..berikut senarai buku yang ku beli pada pesta buku kali ini..

NOVEL..                                                                      BAHAN ILMIAH & MOTIVASI..

1. Cinta Segi Lima            - RM 19.90              1. Nota Hati Seeorang Lelaki  - RM 20.00
2. 9 Nyawa                       - RM 19.90               2. Cipta Syurga Hati                - RM 15.00
3. Cinta Sufi                   - RM 19.90                3. Don't Be Sad                     - RM 30.00      
4. Ungu Karmila              - RM 19.90                4. Nota Fikir untk Zikir      - RM 19.00
5. Doa Buat Suamiku      - RM 19.90              5. Murabbi Cinta                  - RM 25.00
6. Cinta Yang Terpilih   - RM 19.90              6. Secangkir Teh Pengubat Letih   - RM 25.00
7. Aku Cinta Dia           - RM 19.90              7. Kembara ATiq                              - RM 24.50
8. Cinta Hati Kita         - RM 19.90

Semoga bahan bacaan yang dibeli dapat memberi manfaat bg ku untuk menempuh alam kehidupan yang penuh mencabar sebelum tibanya hari terakhir.

"Dunia selalu berputar dan hari terus berganti.Keadaan yang sama tidak akan berlangsung selamanya.ALLAH S.W.T sentiasa mengawasi keadaan hamba-hambaNYA setiap saat..."

Khamis, 25 Mac 2010

Diari Universiti Kehidupan

penulisan adalah kata-kata pada wajah. Seorang ustaz pernah berpesan pada diriku mengenai penulisan..
"kalau kamu betul-betul mahu menulis 'jangan menulis diri sendiri'. Ingat pesan ini, orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang orang lain. Hanya orang bodoh yang menulis tentang dirinya sendiri..Namun demikian tidak salah untuk kita menulis tentang diri serta pengalaman diri sendiri tetapi jangan lah keterlaluan..Ini kerana kekuatan ilmu lebih ampuh daripada kekuatan peribadi.
Hari ini aku akan cuba menulis tentang apa sahaja yang akan mendapat manfaat bagi diriku sendiri, isteri yang tersayang, anak yang dikasihi serta rakan-rakan yang menghargai..penulisan bagi ku adalah satu warisan yang akan ditinggalkan. Mudah-mudahan mendapat keberkatan dari ALLAH yang maha luas ilmu Nya.

Isnin, 22 Mac 2010

Debaran Menanti..

penantian yang penuh mendebarkan untuk kelahiran cahaya mata yang PERTAMA..mudah-mudahan dikurniakan keselamatan oleh ALLAH yang maha kuasa..buat isteri yang tersayang,bersabarlah dengan segala dugaan,cabaran,liku-liku perit ketika mengandung anak kita yang pertama ini..sesungguhnya segala kesabaran itu akan dibalas oleh ALLAH S.W.T..