salam semua..

munajatku..padaMU Tuhan..
Ampuni dosa ku masa silam..
sempurnakanlah kehidupanku..
murahkan rezeki dengan nikmat MU ..
jadikanku hamba bertakwa..
Tiang Iman untuk AGAMA..

Khamis, 12 Julai 2012

TITIK MULA UNTUK PERUBAHAN

Hati ini
Titik mula untuk berubah
Berhijrah yang lebih baik
Meniti kehidupan baru
Dari awal sampai akhir
Bukan semantara tapi selamanya
Sungguh..
Ia bukan mudah seperti yang disangkakan
Menelan pahit
Untuk secangkir kemanisan


Hati ini
Adalah cindera jiwa
Belajar eri ketabahan dari Amarah
Belajar erti pengorbanan dari putus asa
Belajar erti kesyukuran dari kesombongan
Belajar menjadi yang soleh dari biasa
Belajar dan terus belajar
Hingga hujung nyawa


Hati ini
Lembut bicaranya
Bersuara dalam sendu
Bermonolog dalam tawa
Tarbiyyahkan ia dengan sebaiknya
Mengubati hati yang lara
Dan teruskanlah melangkah tanpa henti
Mengenal pada Sang Pencipta dan diri
Semakin jauh diri kita darinya
Semakin dia menghampiri kita.....


Isnin, 30 April 2012

Tirai sebuah perkahwinan

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun
keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersamaSuami menjadi pelindung, kamu penghuninya


Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan
taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin...
Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah....

Isnin, 23 April 2012

Aku Insan Lemah

Aku insan lemah
Yang sering tersungkur pada jalan berduri
Yang sering rebah tak berdaya bangun berdiri
Yang sering sesat dalm hembusan kabus tak bertepi

Wahai ALLAH......
Berikanku ketenangan hati
sepertimana yang ku harapkan sebagaimana yang engkau janjikan...

kerana aku insan yang lemah....


                                                   

Jumaat, 20 April 2012

keheningan hati di pagi jumaat


Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.
Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.
Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.
Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.
Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.
Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.
Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.
Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.
Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.
Hati itu bukan hati aku lagi..

Khamis, 19 April 2012

SEHARUSNYA KITA BERSYUKUR..

Saat aku merenung langit cerah,
Melihat kehidupan sekeliling masih berjalan seperti biasa,
Tersenyum sendirian,
Allah SWT itu sememangnya Maha Pencipta yang Terhebat.

Dan Ketika ini,
Ada jasad bernyawa DILAHIRKAN di dunia,
Ada insan sama JATUH CINTA pandang pertama,
Ada manusia sedang NYENYAK dibuai mimpi,
Ada orang menerima PENDAPATAN lumayan hasil lelah meraka,
Ada pasangan BERKAHWIN membina istana bahagia,
Ada budak baru BELAJAR MEMBACA,
Ada anak baru belajar MENYEBUT pertama kalinya,
Ada yang MERENUNG JAUH ke angkasa merenung impian,
Ada yang MENIKMATI hari terbaik hari ini.

Bermakna ianya indah.

Tapi ketika ini,
Ada yang DIKHABARKAN hidupnya hanya seminggu lagi,
Ada yang MEMBUNUH dirinya sendiri,
Ada yang MERAYU rezekinya di hujung jalan,
Ada yang KEHILANGAN insan kesayangan mereka selamanya,
Ada yang DIJATUHI HUKUMAN ke penjara seumur hidupnya,
Ada yang BEKERJA 16 jam tanpa henti tiada habuannya.

Pahit. Teramat perit.


Imbas..

KITA DI SINI,
Punya arus elektrik membekal cahaya dan haba,
Punya makanan tersedia untuk dijamah,
Punya air bersih untuk bersiram,
Punya masa untuk menulis ini.

Harusnya kita BERSYUKUR,
Terima kasih Allah atas segala NIKMAT kurniaan-Mu ini.
Tidak mampu di luahkan betapa  bersyukur pada-Mu,
Segala puji hanya bagi-Mu..♥♥

Isnin, 16 April 2012

untuk mu Hanaa Durratul Sumayyah

Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan d...irinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...
Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...
MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,

"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?
Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!
Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki

Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...
Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...

Sabtu, 14 April 2012

pena yang hilang

Dilema untuk menulis kembali menimpa diriku...begitu lama ku tinggalkan dunia blog ini..Mengapa ini terjadi?Membaca dan menulis adalah sebahagian dpd minat ku..tetapi kebelakangan ini idea2 begitu sukar untuk kuperolehi..malas yang menimpa, kekangan masa yang menghatui, dosa2 yang terlalu banyak kebelakangan ini memungkinkan Allah tidak memberi kan aku ilham untuk menulis..itulah realiti kehidupan..turun naik, pasang dan surut ibarat roda yang menerjah kehidupan..Anak ku Sumayyah yang telah genap 2 Tahun..Umurku yang meningkat ke 26 tahun..Usia perkahwinan yang masuk ke tahun 3 tahun..semuanya memerlukan kekuatan emosi dan fizikal bagi membina sebuah kehidupan yang cemerlang..Insyaallah mulai hari ini akan ku mula langkah baru dlm dunia penulisan untuk tatapan anak dan cucu ku nnti..Erti kehidupan dimulai dgn langkah pertama..