Sesungguhnya ilmu itu bukanlah kejahilan
akan tetapi ada ilmu yang bahayanya
lebih daripada kejahilan.
-Imam Al Ghazali
Raja Beruk termenung.Ekor panjangnya melilit di celah batang sambil tangannya yang berbulu itu memegang ranting dahan.
Dia termenung.Anak-anak buahnya bergayutan dari dahan ke dahan,berteriak,menjerit penuh riang.
“Nyet…nyet…nyet,”gegak-gempita,rimba raya ditusuk jeritan beruk-beruk hutan.Tapi Raja Beruk terus termenung…
“Mengapa paduka tuan?”tanya Menteri Beruk.
Diam..tiada jawapan.Raja Beruk terus diam.
“Mengapa paduka tuan?”Tanya Menteri Beruk sekali lagi.
“Aku risau…”sepatah jawab Raja Beruk.
Pokok ketapang tempat semayam Raja Beruk tetap tegap.Buah-buahan hutan hadiah anak buahnya tidak dijamah.
Menteri Besar terus tertanya-tanya.Apa dah jadi pada Rajanya?
Raja Beruk tetap risau.
“Apa khabar utusan-utusan yang kita tugaskan?”
“Sudah seminggu mereka tak balik-balik,Kakap belum balik dari Selatan.Semik belum balik dari Barat,Koring belum sampai dari Timur…Mana Sigah dari Utara?”keluh Raja Beruk.
“Jangan risau tuanku ,mereka pasti balik”,pujuk Menteri Beruk.
“Itu aku tahu tetapi berapa lama?”bentak Raja Beruk dengan nada tinggi.Marah nampaknya dia,
“Mana manuskrip itu? Cuba bacakan sekali lagi!”perintah Raja Beruk.Memanda Menteri mencapai kertas keramat yang dimaksudkan.Dikeluarkan dari celah banir pokok yang terlindung dengan daun-daun kayu.Dalam hati Memanda Menteri Beruk hot juga.Nak protes depan-depan tak berani. Dia dah jemu sebab kali ini sudah seratus sembilan puluh,manuskrip itu dikeluarkan.Dan dia sudah pasti,pasti..
dia diperintahkan membacanya lagi .
Tiba-tiba…
“Nyet…nyet…ook…ook…”suara garau Raja Beruk bertitah.
Suaranya bergema di kawasan hutan itu.Anak buah yang tadinya bergayutan menjerit ,bergurau,dan bersuka-suka diam serta merta.Semuanya taat perintah.Raja Beruk perintahkan diam.Dia ingin menghayati isi manuskrip itu.Jangan diganggu konsentrasinya.Anak buahnya mesti diam.Dan mereka nampaknya terus patuh.Titah R aja Beruk tetap dijunjung.
Meskipun beruk sama-sama beruk tetapi ia jadi Raja.Dan rakyatnya hanya menerima beruk menjadi raja.Sudah tentu!
“Ini perutusan agung dari datukmu Darwin:asal kami adalah beruk…tetapi sekarang kami dipanggil manusia.Kami bina tamadun hidup yang tinggi,kekayaan dari perut bumi kami gali,kami duduk dalam rumah berhawa dingin dan menikmati makan-minum,tidur baring dan berhibur dengan selesa.Kami bina ia dengan keupayaan kami sendiri.Dengan otak yang telah berkembang.Ekor kami jadi kecil,wajah kami jadi cantik…
Semua penukaran semulajadi dan ini kami tangani dengan revolusi otak dan evolusi fizikal…
“Gunakan otak wahai saudara-saudaraku beruk!Hutan akan musnah,pokok tempat bergayut akan ditebang manusia.Buah kelubi,pisang hutan dan lain-lain milik kamu akan pupus.Teknologi manusia akan menghimpit kamu.Satu dan hanya satu jalan keluar …Beruk-beruk mesti jadi manusia!Jadilah manusia!Jadilah manusia!”
Begitulah isi manuskrip yang dibaca oleh Menteri Beruk.
Mata Raja Beruk jadi bersinar,fikirannya melayang-layang…
Aku…detik hatinya,aku akan memimpin rakyatku untuk satu revolusi.Revolusi besar,hebat dan gagah.Apa dia?Menukar dan memimpin beruk menjadi manusia!Nah, itu misi revolusiku…
Itulah impian Raja Beruk.Mimpi yang dibawanya ketika bergayut.Mimpi yang dibawanya ketika memamah buah kelubi.
Mimpi ketika bermesra dengan permaisuri beruk…mimpinya ingin menjadi manusia.
Anak buahnya memandang Raja Beruk dengan mata terkebil-kebil.Simpati ada,rasa risau pun ada.Selalunya badan sasa Raja Beruk akan kelihatan melompat ke sana ke mari.
Memimpin ketika mencari makan ,mengatur ketika bermain-main dan macam-macam lagi kehebatnnya.Kini Raja Beruk terpesuk ,tunduk dengan wajah murung.Tentu ada sesuau yang difikirkan…Apakah tempat baru ini tidak sesuai?Mustahil.Mereka baru sahaja berpindah ke tempat ini.
Dulu…memang ,di tempat lama dua tiga ekor kawan mereka telah dibaham harimau.Sebab itulah Raja Beruk memerintahkan mereka berpindah,dan dia sendiri yang memilih tempat ini.Tempat ini strategic.Buah-buahan banyak,musuh hampir tidak ada.Serba serbinya cukup dan memuaskan.Tapi kenapa Raja Beruk bermuram durja,berduka nestapa?
“Engkau semua tahu makan sahaja.Tak tahu fikir panjang.
Bagaimana nasib anak cucu generasi akan datang kau semua tak fikir.Hutan kita akan pupus,buah-buahan kita akan tandus.Generasi beruk akan hilang di dunia jika kita tidak cepat bertindak .Engkau fikir senang hari ini sahaja…esok?”
rungut Raja Beruk dalam hati.Mengeluh dia tentang anak buahnya yang lembab.Patut pun jadi beruk!Tetapi aku tidak.
Aku genius di tengah kedungguan generasiku. Akulah pemimpin.Pemimpin revolusi beruk jadi manusia.
“Memanda Menteri ,utuskan pengawal-pengawal pilihan menanti di perbatasan hutan.Tunggu kedatangan Kakap,Semik,Koring dan Sigah! Aku tahu dalangnya sahaja.
Jangan dipersoalkan bila,tunggu sampai tiba ,”perintah Raja Beruk tegas. Garang.
“Menjunjung perintah,tuanku!”kata Menteri Beruk.
Perintah dikeluarkan,meloncatlah satu platun pengawal beruk yang gagah perkasa.Menghayun badan, melayang-layang dari dahan ke dahan ada kelebihan…pergi menjunjung titah rajanya.Hati Raja Beruk lega,sebodoh-bodoh rakyatnya ada kelebihan juga.Bodoh memudahkan mereka patuh.Soal ini…rakyat beruk memang terpuji.
“Ada apa-apa lagi Tuanku?”Tanya menterinya.
“Buat masa seminggu sepanjang menunggu ketibaan utusan kita itu,batalkan semua pesta dan perayaan.Jangan ada rakyat yang bersuka-suka.Kita terancam tahu tak?Aku akan panggil satu perhimpunan raksasa bila sahaja utusan-utusan sampai.Ketika itu rakyat seluruhnya akan tahu apakah maksud hatiku yang sebenarnya.Jangan lupa simpan manuskrip itu baik-baik,”perintah Raja Beruk lagi.
“Ada apa-apa lagi Tuanku?”Tanya Menteri Beruk.
“Tak ada…boleh pergi!”tutup Raja Beruk.
Pasal bodek,Menteri Beruk cukup bijak.Ada-ada sahaja khidmatnya.Tapi malang,jauh di sudut hati Raja Beruk tetap tak menyenangi menterinya.Menteri yang yes man tak boleh diajak berevolusi.Orang revolusi mesti kreatif,berani,dan kritis untuk member pandangan-pandangan radikal.Kalau hanya tukang angguk-angguk kepala tak ke mana akhirnya.Tapi apa baleh buat…Menteri Beruk adalah orang terpandai di kalangan rakyatnya.The Best among the worst! kata orang putih.
* * * *
Seminggu berlalu seakan merangkak dan mengesut. Terasa penuh seksa bagai digigit sembilu.Raja Beruk kematian angin.Makan minum tak lalu.Bergayut tak senang.Permaisuri Beruk susah hati.Buah hatinya Raja Beruk asyik meradang.Manuskrip itulah yang diusung ke sana ke mari.Dalam badan sasanya terpendam rasa yang hebat dan dahsyat.Jiwa revolusi.Jiwa revolusi memang begitu.Membuak luapan semangat dan amukan rasa.Siang malamnya matanya asyik tertuju ke perbatasan hutan.Menunggu kalau-kalau utusan-utusannya sudah kembali.Rindunya mendalam,hasratnya membengkak bagai nanah terpendam.
Menteri Beruk datang menghadap sekali sekala.Setiap kali datang,pasti diperintahkan membaca.Manuskrip direnung,ditatap,macam azimat dan amanat.Dari ayat ke ayat.
Dibacanya berulang alik.Oh!Datukku Darwin amanatmu akan kusimpan baik-baik dan pasti akan kujelmakan…kita asalnya sama.Cuma nasibku saja yang tak berubah.Aku menjadi beruk,kau jadi manusia…walaupun menjadi rajanya,aku tetap beruk.
Rimba-raya itu tiba-tiba hingar-bingar.
Nyet…nyet…nyet…di sana
Nyet…nyet…nyet…di sini
Nyet di sana,nyet di sini.
“Tuanku,khabar gembira! khabar gembira!”teriak Menteri Beruk.
“Apa dia?utusanku telah kembali?meditasi sepinya terganggu.
“Ya, Tuanku.Mereka kembali!”cepat Menteri Beruk menjawab.
“Beri arahan,kumpulkan rakyat cepat.Bawa makanan dan panggil menghadap semua anak-isteri,suku–sakat,cucu cicit. Semua sekali.Kita adakan perhimpunan besar.Ada perkara penting yang mesti diketahui semua.”
Belum sampai Menteri Beruk berlalu dia menambah:
“Err..,er jangan lupa.Jamu Kakap, Semik ,Koring dan Sigah dengan hidangan istimewa.Mereka pahlawan Negara.Beri mereka tempat duduk di sebelahku.Mereka akan turut berucap di depan rakyat .”Raja Beruk gembira.Oh! Jalan-jalan kea rah revolusi menjadi manusia sudah hampir!sudah dekat! Yahoo…! Ada harapan aku jadi manusia.Hati Raja Beruk benar-benar gembira,menggeletek-geletek.Akulah Bapa Revolusi ~ Revolusi Beruk.
Semuanya sudah sedia.Telah mustaid segala kelengkapan.
Suasana sepi.Rakyat bergayut-gayut pun telah tiada.masing-masing duduk diam-diam.Mulut tidak mengunyah…tapi tangan tetap tergaru-garu di sini,di sana.Raja Beruk melihat rakyatnya dengan bangga.Berdisplin juga rakyatku.Ada harapan jadi manusia,detik hatinya dengan confident.
“Nyet! nyet! nyet! Hormat Raja Beruk!”seru Menteri Beruk.
“Nyet…nyet…nyet…kami hormat,”ikut rakyat Beruk beramai-ramai.Suara nyaring menjerit hormat memecah sunyi belantara.Raj a Beruk terus kembang ,di lambung-lambung oleh kepujian.Dalam hati Raja Beruk timbul rasa terharu.
“Aku akan balas penghormatanmu,aku akan berbakti padamu.”
Begitulah azam hati Raja Beruk bertalu-talu atas kepatuhan tak berbelah bagi yang ditunjukkan oleh rakyatnya.
“Rakyat-rakyatku,dengar sini.Lihat di tanganku ini…”
Kata Raja Beruk memulakan titah sambil mengacung-acungkan manuskrip keramatnyadengan tangan yang bernulu lebat itu.
Rakyat terpinga-pinga.
“Pisangke?”teka sesetengah rakyatnya.
“Buah kelubi masak,masam manis,”sangka sesetengah lagi. Ruang legar fikiran beruk-beruk itu cuma ingat makan.Makan,makan,makan.Mana mereka tahu di tangan raja adalah manuskrip keramat.Titik tolak revolusi yang dirancangkan oleh Raja mereka.Mata mereka terkebil-kebil dan ada yang menggaru kepala.Termangu-mangu dalam misteri.
“Bodoh!”sumpah Raja Beruk dalam hati.Kesal juga ia bila melihat rakyatnya termangu-mangu kebingungan.Tak apa.
Itu cabaran revolusi,bisik hatinya memujuk.
Raja Beruk meneruskan:
“…dalam surat ini menyebut kita boleh menjadi manusia.
Datuk kita dan datuk manusia sama-sama beruk .Kerana itu marilah kita berubah menjadi manusia.Ini perjuangan kita.
Manusia telah maju,mereka hidup dengan serba mewah dan masyarakat mereka lebih tersusun daripada masyarakat kita.
Kita bergaduh,mereka bertamadun.Kita sempit dengan berbagai-bagai musuh…harimau,ular dan macam-macam lagi.
Tapi hidup mereka damai,bersatu dan tidak diancam musuh.Aku telah utus empat utusan ini untuk melihat hidup manusia dari dekat,”katanya sambil berpaling kepada Sigah,Kakap,Semik dan err…
Raja Beruk berpaling ke kiri ke kanan.
“Mana Koring?”tanyanya pada Menteri Beruk.
“Dia masih belum balik,”jawab Menteri Beruk dengan muka suspen.Takut kena marah.
“Tak apa…cukup dengan utusan yang ada.”
Menteri Beruk lega.
“Empat,err tiga…utusan ini akan menceritakan kepada kita tentang kehidupan manusia.Mereka telah aku utuskan ke seluruh pelusuk penempatan manusia.Di Barat Semik,Utara,Sigah,Kakap Selatan dan Koring Timur.
Semuanya telah pulang dengan maklumat berharga …kecuali Koring.Tak apalah lambat laun dia akan kembali juga.”
“Dengan maklumat mereka…”terhenti Raja Beruk mengambil nafas.Tangan berbulunya,tanpa disedari menggaru kepalanya.Cepat-cepat dia sedar.Ah! sekali-sekala terlajak perangai beruknya.Macam mana pun,dia tetap beruk.Mana nak elak?
“Dengan maklumat itu kita akan tahu dengan banyak tentang susunan hidup manusia.Kita akan tahu bagaimana mereka bekerja,berkahwin,berhibur,bermain,belajar dan segala-galanya.Dari sini kita akan belajar mencontohi mereka.Kita akan belajar jadi manusia…kita akan keluar dari hutan ini.
Pasti kia akan diterima.Manuskrip yang ada pada tangan aku ini,ditulis oleh mereka.Oleh Darwin.Ertinya Darwin mengakui kita saudaranya.Aku percaya pengikutnya ramai.Tentu mereka boleh membantu kita…mereka telah mangiktiraf kita sebagai warga manusia.Kita dan mereka seketurunan.Takkanlah mereka benci pada saudara mereka…”sambung titah Raja Beruk dengan penuh harapan.
Rakyatnya terangguk-angguk,sambil menggaru-garu.
Seperempat masuk,tiga perempat keluar …banyak yang tak faham dari yang faham.Tetapi demi raja,demi Bapa Revolusi,mereka terus terangguk-angguk.
Raja Beruk puas hati .Hatinya berbunga harapan; kembang- kuncup oleh mimpi indahnya.
“Sekarang marilah sama-sama kita dengar dari utusan-utusan kita yang gagah perkasa,” kata Raja Beruk.
Semik muncul ke hadapan.Dia akan memulakan laporan.Ingatannya kembal kepada masyarakat manusia yang dilihatnya di Barat.Hatinya kecut,takut-takut laporannya tidak menyenangkan hati rajanya.Tapi dia ingat hanya apa yang dilihatnya.Beruk mana pandai kelentong!
“Tuankdan kawan-kawan sekalian.Hidup manusia Barat tidak indah…lebih kurang kita juga,”tiba-tiba tercetus dari mulut Semik.
“Apa?”sergah Raja Beruk.
“Err…er benar tuanku.Saya lihat ramai orang-orang mudanya tunggag-langgang.Hidup lintng-pukang.
Mereka suntik badan sesuatu yang pelik.Bila kena benda itu,
mereka jadi tak tentu arah.Bukan satu atau dua orang tetapi ribuan malah jutaan tuanku…Oh dahsyat…dahsyat…tuanku.
Satu lagi,jangan sangka mereka tak gaduh.Mereka bergaduh malah gaduh mereka lebih dahsyat.Kita takat kokak-kokak gigi sahaja.Tapi gaduh mereka secara besar-besaran.Ada pakai senjata yang keluarkan api.Kilang-kilang keluarkan benda berapi itu banyak dadirikan.Sekali letup,ribuan orang mati.Eh! ngeri tuanku.Dan lagi…”
“Cukup!”Potong Raja Beruk.Mukanya merah padam.
“Cuba Kakap pula yang beri laporan!”perintah Raja Beruk. Bengang betul dia.
“Tuanku,orang-orang tempat saya perhatikan tak pakai baju lagi.Saya lihat manusia dah dedah,buka semua yang mereka tutup dulu.Di pantai-pantai tempat manusia berambut perang dan ada yang bertelanjang…malu saya tengok.Kita bangsa beruk memang biasa macam itu,lagipun badan macam tu,ganjil nampaknya tuanku.Pada siang dan malam ,saya lihat pakaian orang perempuan terkoyak-koyak.Entah kenapa?lebih dahsyat tuanku,mereka dah macam kita.Bini dia bertukar-tukar, berganti-ganti…Entahlah,saya lihat lebih kurang adat istiadat kita juga.Yang lebih dahsyat ada lelaki kahwin sesama lelaki,perempuan sama perempuan.Eiii…jijik tuanku,”kata Kakap berani.Ia memang celupar.Padan dengan namanya.
Muka Raja Beruk merah padam.Macam mendung hampir nak hujan.Geram ada,kecewa ada.Kini harapannya hanya pada Sigah.Sigah yang di utuskan dari Utara.
“Sigah,silakan…”perintah Raja Beruk,cuba-cuba berlagak tenang.Tapi separuh semangat revolusinya telah lebur.
“Tuanku,apa yang saya lihat lebih dahsyat.Berjuta-juta manusia manusia mati kebuluran.Tapi dalam masa yang sama ramai juga yang mati kekenyangan.Bila bantuan makanan tiba orang bukan menyambut dan membahagikannya,tapi mereka terus bertembak-tembak.Ribuan orang mati,tuanku…lebih ramai dan berganda –ganda banyaknya daripada kawan-kawan kita yang dibaham harimau dan dibelit ular.Bila ada sedikit makanan yang sampai,mereka berebut-rebut,macam kita berebut pisang,tapi lebih teruk lagi.Politik mereka kacau.Ada sahaja yang ingin merampas kuasa.Rakyat tertindas,orang miskin jadi jenayah,si kaya pemeras,yang berkuasa zalim…kalaulah tuanku menjadi raja mereka,tentu tuanku pening kepala.Kami walaupun bodoh,patuh.Manusia meskipun pandai banyak karenahnya.Tuanku ,jika kita jadi manusia…belum tentu tuanku jadi rajanya.Silap haribulan, tuanku digulingkan,”kata Sigah terus terang.
Kecut perut Raja Beruk mendengarnya.Bab guling-mengguling ini yang tak berapa sedap.Dia cuba tenang walaupun jiwa revolusinya sudah kempis.Tipis macam kulit bawang.
igah meneruskan,”…. Dan saya rasa belum tentu kita rakyat beruk akan diterima oleh masyarakat manusia.Sedangkan manusia telah bermusuh dan bunuh-membunuh sesama manusia apalagi kalau dengan kita…beruk
yang nak jadi manusia?kita akan dianggap manuia kelas dua tuanka!”kata Sigah yang memang radikal sedikit.Memang Raja Beruk kurang senang dengan Sigah yang out-spoken itu.Tapi biarlah sekali sekala dia meluahkan isi hatinya.Lagipun apa yang nak dihalang,dia memang benar.Dia yang melihat,aku cuma mendengar.Raja Beruk masih rasional.Padanya mata lebih dipercayai daripada telinga.
Akhirnya,perlahan-lahan Raja Beruk tunduk.Air matanya berlinang.Lengan berbulu panjangnya longlai.Harapan untuk generasinya musnah.Manuskrip keramatnya basah oleh air mata yang menitis dari anak matanya yang redup sayup.Direnungnya satu persatumuka rakyat di hadapannya.
Muka-muka bodoh itu ditenungnya satu persatu.Penuh kasih saying.Generasi beruk akan terus terancam.Hutan akan dipugar oleh kerakusan manusia.Pohon-pohon akan di tebang penuh nafsu,gelanggang anak cucu beruk akan pupus…ke mana anak-anak cucuku akan menumpang hidup?
Dengan berat,akhirnya Raja Beruk berkata,amanatnya yang paling terakhir.
“Rakyatku…telah kita dengar berita sebenarnya.Rupa-rupanya hidup manusia indah khabar dari rupa.Darwin pembohong.Dia dusta!”katanya marah.Di genggamnya manuskrip keramat yang sudah kusam oleh air matanya.
“Krak…res…res…”
Manuskrip itu dikoyak-koyaknya.Disayat-sayat dengan geram.Persis beruk diberi bunga.
“Aku akan memberi satu amanat.Ini lebih penting dari kata-kata palsu Darwin.Inilah perutusanku,titahku yang muktamad dan tidak akan berubah-ubah lagi…Jika manusia terus berkelakuan seperti yang digambarkan oleh utusan-utusan kita,tak payah kita melatih-latih diri menjadi manusia…Tunggu sahaja mereka menjadi kita!Tunggu sahaja manusia menjadi beruk!Manusia akan mengikut jejak langkah kita,bukan kita mengikut jejak langkah mereka,”kata raja Beruk bersemangat.Angin revolusinya berputar 360 darjah.
“Kita lebih mulia dari mereka.Kerana merekalah yang mahu hidup cara hidup kita.
“Nyet!Nyet!Nyet!Nyet”sahut rakyat bergembira.
Melompat dan menggaru-garuTanpa segan silu lagi kini…
Raja Beruk turut melompat-lompat sama.Kini terasa betapa bangga dan bertuahnya dia menjadi beruk.Dia bangga menggaru.Bergayut.Menjerit .Melompat dari pokok ke pokok.
Rimba-raya bertukar menjadi pesta.Pesta Beruk-beruk!
Mereka lupa pada si Koring…Ya Koring masih di Timur.Apa terjadi kepada Koring?Apa terjadi kepada manusia di Timur?
"IHSAN USTAZ PAHROL"
ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Tuhan..Kubisikkan,kerinduan,keinsafan,pengharapan.. Tuhan..Kusembahkan,pengorbanan,membuktikan kecintaan.. Bisikan ku untukMU,munajatku mohon restu.. Semoga cintaku bukan palsu,pada desiran penuh syahdu.. Bayangan syurga idaman...
Rabu, 5 Mei 2010
Selasa, 4 Mei 2010
QADHA DAN QADAR
"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah ada di dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum kami menjadikannya.."
Dakwat pena sudah kering, lembaran-lembaran catatan ketentuan sudah disimpan, tiap-tiap perkara sudah diputuskan dan takdir telah ditetapkan.Sesuatu yang membuat kita jadi benar maka ia tidak akan membuat kita jadi salah.Sebaliknya, apa yang membuat kita jadi salah maka ia tidak akan membuat kita jadi benar.
Jika keyakinan tersebut tertanam kuat di dalam jiwa kita dan kukuh bersemayam di dalam hati setiap insan maka tiap-tiap bencana akan menjadi anugerah, tiap-tiap ujian akan menjadi kurnia, dan tiap-tiap peristiwa menjadi penghargaan pahala dan dosa.
"sesiapa yang dikehendaki ALLAH menjadi baik maka ia akan diuji olehNYA"
Justeru jangan sekali-kali merasa susah hati dan bersedih disebabkan suatu penyakit,kematian yang semakin dekat,kerugian harta, atau rumah terbakar. Bagaimanapun, sesungguhnya Yang Maha Mencipta sudah menentukan segala sesuatunya dan takdir sudah muktamad.
Ingat lah bahawa selepas lapar ada kenyang, selepas haus ada kepuasan, selepas berjaga malam ada tidur yang lena, dan selepas sakit ada kesembuhan. Tiap-tiap yang hilang pasti ditemui, dalam kesesatan ada petunjuk, dalam kesusahan ada kemudahan, dan selepas kegelapan akan muncul sinar terang. Sampaikanlah khabar gembira kepada malam hari bahawa sang fajar pasti datang menghalaunya dari puncak-puncak gunung dan dasar-dasar lembah..Kepada diriku dan semua yang dilanda kesusahan ingatlah bahawa bantuan akan datang secepat kelibat cahaya dan kedipan mata serta setiap yang ditindas ketahuilah bahawa kelembutan dan dekapan hangat akan segera tiba..
Ketika kita melihat hamparan padang pasir yang seolah-olah memanjang tanpa batas, ketahuilah bahawa disebalik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan..Ketika kita melihat seutas tali terpilin kencang,ketahuilah bahawa tali itu akan segera putus..Tiap-tiap tangisan akan berkesudahan dengan senyuman,ketakutan akan berakhir dengan rasa aman, dan kegelisahan akan lenyap dengan hadirnya kedamaian..
Justeru itu
buat ingatan diriku..isteri dan anak tersayang, janganlah sekali-kali merasa terhimpit pun sebab tiap-tiap keadaan pasti akan berubah. dan sebaik-baik ibadah adalah menunggu kemudahan dengan sabar. Hari demi hari akan terus bergilir, tahun demi tahun terus berubah, malam demi malam pun datang silih berganti..
"Hendaklah jangan lupa bahawa sesungguhnya selepas kesusahan itu tetap akan muncul kemudahan..."

Rabu, 28 April 2010
Peperiksaan Kenaikan Pangkat
28 & 29 Apr 2010 adalah hari yang penting buat diriku..Exam yang menentukan kerjayaku di dalam perkhidmatan TUDM,yang mewajibkan aku lulus bagi dinaikkan pangkat setrusnya iaitu KPL U.. Di dalam kesibukan dengan kerja2 di pejabat yang begitu membebankan setelah balik bekerja dari cuti isteri bersalin selama 2 minggu meyebabkan sedikit tertekan..Buku nota dan segala rujukan tidak sedikit pun lagi aku sentuh untuk mentelaah. Namun, aku yakin dengan izin ALLAH aku mampu menempuhnya.
Aku akan buat yang terbaik untuk diriku dan keluargaku yang tersayang..Ini masa untuk aku study sikit-sikit bagi memperingati segala yang dipelajari sebelum ini..
"Sesungguhnya kejayaan hari esok bermula pada hari ini..Kebahagiaann ilmu pengetahuan itu bersifat tetap, keagungannya kekal, namanya selalu dikenang; sedangkan kebahagiaan memiliki harta akan lenyap, keagungannya akan hilang dan namanya segera dilupakan.."

Rabu, 21 April 2010
Nota Hati Seorang Lelaki
Hati seorang lelaki..
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki..
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI..
Sesungguhnya bebanan untuk diriku telah bertambah sebagai seorang ketua keluarga, dengan kehadiran seorang anak. Lelaki sebagai imam dan nahkoda untuk keluarganya. Pemimpin yang akan memikul segala dosa seorang isteri dan anak jika tidak betul dalam mencorak sebuah rumahtangga yang disyariatkan.Namun seorang lelaki mestilah sanggup memikul sebuah tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan ke atas diri mereka.
"Sesungguhnya..hubungan kita dengan ALLAH memberi kesan langsung terhadap hubungan isteri terhadap kita. Baikilah hubungan dengan ALLAH untuk memperbaiki hubungan kita dengan isteri. Jangan mengharapkan ketaatan seorang isteri, sekiranya kita sendiri gagal mentaati ALLAH sebagai hambaNYA!"
Itulah sebaik-baik pesanan bagi insan yang bergelar suami lebih-lebih lagi untuk diriku sendiri. Namun kenapa diri terlalu lemah dalam mentadbir diri sendiri? Terlalu sukar untuk menjaga hubungan dengan ALLAH? lemahnya iman di dalam diri. semakin hari semakin hanyut dengan arus kehidupan dunia yang tidak pernah menanti keinsafan manusia,tetapi tetap berjalan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh ALLAH. Aku sebagai hamba masih menanti petunjuk hidayah itu.

Sabtu, 10 April 2010
SELAMAT TIBA KE ALAM DUNIA "HANAA DURRATUL SUMAYYAH"
Alhamdulillah..Itulah semulia-mulia kalam yang selayaknya seorang hamba seperti aku ucapkan.Isteri tersayang telah selamat bersalin. Penantian selama 09 bulan penuh dugaan dan cabaran sempurna dengan begitu baik pada petang 01 APRIL 2010 bersamaan 16 Rabbiulakhir 1431H.
PETANG YANG MENDEBARKAN
Mulai jam 11 pagi isteri mengatakan perut telah mula sakit..Doktor telah megesahkan dilation telah terbuka 4cm.Telah tiba masa isteri untuk di tolak ke Labour Room.Aku sentiasa bersama isteri tersayang dan debaran di dada hanya ALLAH yang tahu kerana ini adalah kelahiran anak pertama. Saat troli ditolak tangan isteri sentiasa diraih bagi memberi semangat bahawa suami mu ini sentiasa akan bersama.
pada jam 12.30 ketuban isteri ku telah pecah.Pengalaman pertama melihat air ketuban yang begitu banyak sehingga membasahi katil isteriku. Aku tahu isteriku tidak selesa dan sedang menanggung kesakitan yang amat sangat, terutamanya kesan induce yang diberi, dan sebagai suami tidak dapat berbuat apa-apa kecuali berdoa dan membantu pergerakan isteri seadanya.
Contraction semakin kerap dan kuat. Isteri tersayang meminta Suntikan Epidural, bagi mengurangkan kesakitan. Aku hanya mampu memberi sedikit urutan di pinggang bagi meredakan sedikit kesakitan dan memberi semangat buat isteri. Aku cuba yakinkan isteri bahawa tempoh bersalin sudah hampir dan semangat diperlukan untuk mengharung kesakitan yang sedang ditanggung.
Dalam suasana bilik bersalin yang sepi, Alhamdulillah beberapa orang doktor pakar datang.Kehadiran mereka serba sedikit menceriakan bilik bersalin walaupun kelihatannya isteriku agak gementar atau tidak selesa. Permintaan kami agar student nurse dari koleh MAHSA beredar jugak mendapat perhatian sewajarnya.Aku merasa kurang selesa dengan kehadiran student di dalam bilik bersalin itu kerana tiada privacy untuk isteriku.
Aku memegang tangan isteriku.Mulut tidak terlepas daripada membaca Ayaat Al-Kursi,berselawat dan berdoa bagi memohon keringanan daripada ALLAH YANG MAHA KUASA.
Rasa gementar di dalam diri kerana aku tahu signifikan setiap proses melahirkan anak itu adalah suatu pertarungan antara hidup dan mati. Sesuatu yang sepatutnya turut suami alami di medan jihad ini..
KETIBAAN
Tepat jam 3.45 Isteri telah bersedia untuk meneran. Apabila tiba sahaja contraction yang kuat push pertama terus berjaya mengeluarkan kepala anak kami. Alhamdulillah, apabila tiba contraction yang berikutnya, push yang kedua berjaya mengeluarkan bahu si bayi dan tepat jam 3.54 petang, HANAA DURRATUL SUMAYYAH selamat dilahirkkan dengan sempurna. Suasana yang cukup cemas dan mendebarkan pada semua yang berada di bilik bersalin ini. Pengalaman yang tidak akan ku lupakan melihat penderitaan isteri tersayang bersabung nyawa melahirkan yang pertama. Suatu kelegaan besar dan diiringi dengan rasa syukur..Tetap proses bersalin belum berakhir..
Placenta atau uri perlu dikeluarkan dengan sempurna dan bahagian-bahagian yang terkoyak perlu dijahit semula. Dibahagian inilah aku rasa air mata mahu menitis melihat kesakitan yang dialami oleh isteri tersayang. Rasanya mahu sahaja aku heret budak-budak muda yang gatal lupa Tuhan tengok apakah yang dinamakan proses bersalin itu? Biar menjadi peringatan buat diriku sendiri dan mereka-mereka agar ingat balik sakitnya ibu masing-masing melahirkan mereka dahulu. Biar mendapat peringatan bahawa pergaulan bebas dan kegatalan jiwa itu jangan setakat memikirkan 'sedap' yang sekejap tanpa memikirkan 'sakit' yang menanti...
Hanaa Durratul Sumayyah dilahirkan dengan seberat 2.58kg. Aku mengangkatnya dengan lafaz Bismillah dan ucapan salam serta seterusnya melaungkan azan di telinga kanan, iqamat di telinga kiri cahaya mata yang baru tiba ke alam dunia itu. Biar kalimah yang membesar dan mengagungkan Allah menjadi santapan telinga buatnya. Seruan menTauhidkan ALLAH memuliakan Rasulullah,menjaga solat dan cemerlang dunia akhirat. Segala yang ada di dalam seruan suci itu sudah cukup untuk menyimpulkan segala impian harapan dan pelan kehidupan untuk anak yang tersayang. Setelah meguruskan bayi, aku bergegas pula ke arah isteri yang mengalami pengdarahan dan luka yang teruk dan dalam. Doktor memerlukan tandatangan aku kerana isteri terpaksa dimasukkan ke bilik operate bagi menjahit luka di dalam yang panjang. Sedih melihat penderitaan isteri yang belum berakhir demi melahirkan anak kami yang pertama. Tepat jam 7.30 isteriku disorong ke bilik operation dan aku yang menunggu di luar hanya mampu mndoakan pada ALLAH bagi meringankan dan memudahkan segala urusan.
Syukur ALHAMDULILLAH jam 09.35 malam isteri selamat keluar dari bilik operate dan jururawat telah memindahkan isteriku di katil hadapan yang berhampiran dengan stesyen mereka dan tandas. Hajat di hati ingin menemani isteri di wad. Namun kerana peraturan wad yang tidak membenarkan suami menemani isteri di wad menghalang kamahuanku. Bimbang isteriku pitam kerana kehilangan banyak darah tanpa disedari jururawat bertugas. Aku sampai di rumah pada jam 11.40 mlm dan esok pagi ada tugasan yang perlu diselesaikan iaitu mengambil mak dan mak mertua yang akan tiba jam 0430 pagi dan menguruskan uri.
MENGURUSKAN URI
Tiada sebarang aturan dari segi hukum Syara’ tentang kaedah menguruskan uri. Malah kepercayaan-kepercayaan tentang hubungan di antara uri dengan bayi yang lahir serta tertib-tertib tertentu pada menguruskannya, semua itu adalah kepercayaan yang tidak mempunyai sebarang asas di dalam hukum Syara’. Namun, sebagai sebahagian daripada anggota badan yang keluar bersama bayi yang lahir, ia wajarlah dilupuskan dengan cara yang baik, agar tidak menjadi busuk apatah lagi dimakan binatang buas seperti anjing. Pagi itu dengan bantuan mak dan mak mertua, aku membasuh uri tersebut dengan cuka, air asam jawa juga sedikit garam kasar sebagaimana membasuh ikan yang disiang. Tujuannya adalah untuk membersihkan darah yang banyak agar ia tidak busuk.. aku belum pasti di manakah uri itu patut ditanam, memandangkan halaman rumah kami sudah tidak bertanah. Cuma, membasuh uri ini memang mencabar. aku yakin, sesiapa yang tidak tahan dengan bau darah akan dengan mudah pitam disebabkan oleh darah yang banyak, tali pusat yang berpintal-pintal dan bau darah yang kuat. Di sinilah mungkin satu peluang yang wajar dimanfaatkan oleh para suami untuk berbakti sebagai sebahagian daripada cara menghargai isteri dan anak. Basuhlah uri itu.
Insya Allah pengalaman membasuh dan menguruskannya akan menjadikan kita lebih menghargai isteri dan anak-anak. Bukan kata Quran atau Hadith, sekadar secebis pengalaman peribadi.
Semoga isteri tersayang dan Hanaa Durratul Sumayyah sihat-sihat dan boleh segera pulang ke rumah. Aminnn.....

Langgan:
Catatan (Atom)