salam semua..

munajatku..padaMU Tuhan..
Ampuni dosa ku masa silam..
sempurnakanlah kehidupanku..
murahkan rezeki dengan nikmat MU ..
jadikanku hamba bertakwa..
Tiang Iman untuk AGAMA..

Ahad, 23 Mei 2010

SOALAN JIBRIL KEPADA KERBAU,KELAWAR DAN CACING

Pada suatu hari ALLAH S.W.T memerintahkan malikat Jibril menemui seekor kerbau dan meminta bertanyakan satu soalan kepada haiwan tersebut. Jibril segera mematuhi perintah tersebut.
 
 Pada waktu siang yang panas itu, sikerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril mendekati lalu bertanya: "Hai Kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh ALLAH SWT sebagai seekor kerbau,"..

  Kerbau menjawab:"Masya ALLAH! Alhamdullillah, aku bersyukur kepada ALLAH yang menjadikan aku sebagi seekor kerbau. Ini sangat berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri.."

  Mendengar jawapan itu, Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian Jibril bertanya:"Hai Kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh ALLAH sebagai seekor kelawar?"

  "Masya ALLAH, Alhamdullillah. Aku bersyukur kepada ALLAH SWT yang menjadikan aku sebagaai seekor kelawar daripada menjadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah dan berjalan menggunakan perutnya.."jawab si kelawar.

  Mendengar jawapan itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah. Lalu Jibril bertanya kepada si Cacing."Wahai cacing yang kecil, apakah kamu selesa dijadikan ALLAH SWT sebagai seekor cacing."

  Si cacing menjawab.."Masya ALLAH, Alhamdullillah! Aku bersyukur kepada ALLAH yang telah menjadikan aku sebagi seekor cacing daripada menjadikan ku sebagai seorang manusia..Apabila mereka tidak memiliki IMAN yang sempurna dan tidak BERAMAL, ketika mereka mati mereka akan diseksa selamanya..."

  Cerita yang ku ingat sampai sekarang yang diceritakan oleh IMAM kampung ku, Guru Agama ku yang pertama..ALLAHYARHAM 'POK SU ALI'..Imam Kg Keliyu..ALFATIHAH..
        
     Semoga segala ilmu yang kau curahkan untuk anak-anak di kampung menjadi amalan yang dikira dissi ALLAH yang maha berkuasa..wajahmu masih terbayang di mataku..aminn..
                                                                                               

Selasa, 18 Mei 2010

fikiran kosong

tak tau apa yg patut ku lakar untuk hari ini. Jiwa terasa kosong je. Hidup semakin menghimpit. Kerja semakin membebankan. Kepuasan hidup di Bandar Kuala Lumpur mula terasa. Kos sara hidup semakin hari semakin tinggi membuatkan lautan manusia yang hidup di bandar mula terasa bahangnya. Masalah sosial yang tiada kesudahannya. Semuanya itu lumrah kehidupan yang melanda setiap insan...

Rabu, 12 Mei 2010

HARI JURURAWAT..


'HEPPY NURSE DAY'

Semoga segala kerja yang dilakukan demi kemanusiaan
mendapat ganjaran pahala
di sisiNYA..
segala penat dan lelah setelah bergelar
insan JURURAWAT
menjadikan diri lebih  mengenali
erti sebuah kehidupan...
 sesungguhnya
Berbuat baik itu dapat menyejukkan jiwa..
semoga 'umi'
sentiasa meningkatkan diri dlm kerjaya,
bekerja dengan seikhlas hati,
yang penting
suami mu ini
sentiasa berada disisimu
dlm menyokong kerjaya yang dipilih..mmmmuuaahh




Isnin, 10 Mei 2010

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN SYG KU!

Semasa masih di bangku pengajian, kita mengukur kejayaan diri pada bertambahnya pengetahuan. Lebih banyak kita tahu, terasa diri meningkat menjadi lebih baik dari semalam.
Bagi yang lebih mendalam, kejayaan diri diukur pada sejauh mana pengetahuan itu berjaya menjadi amal. Bagaimana bertambahnya pengetahuan, menambah amal di jalan kebaikan. Pertambahan amal itu menjadikan kita lebih baik dari semalam.

Namun dengan bertambahnya usia, apabila kita bukan lagi seorang individu, kejayaan pengetahuan dan amal menjadi kecil tidak bererti. Jika selama masa yang lalu, kita adalah individu yang mengukur kejayaan pada apa yang dicapai oleh peribadi, kini ukuran itu sudah tidak bermakna.

Setiap kita, mengukur kejayaan pada sejauh mana kejayaan peribadi dapat dipindahkan kepada insan tersayang. Jika seumur hidup kita menjadi anak tersayang, pelajar cemerlang, kawan terbilang, kini… mampukah semua ini membekas pada suami dan anak-anak?
Kita membuang segala penghargaan dunia kepada kejayaan diri, jika kejayaan itu hanya pada sebuah peribadi. Pada insan yang paling ku sayangi, kejayaan hakikinya adalah pada keupayaan diri untuk membawa orang lain berjaya sama. Membawa suami, dan anak-anak untuk cemerlang sama.
 Bahawa padamulah cahaya mataku, erti kejayaan hidup dan matiku…


Untuk isteri TERSAYANG,
Semasa masih di bangku pengajian, belajarlah untuk berkongsi kejayaan dengan rakan dan taulan. Jika telah terasa manisnya iman, sebarkan kemanisan itu dengan menghulurkan tangan pada sebuah dakwah dan bimbingan. Belajarlah mengukur kejayaan diri pada kejayaan membawa orang lain berjaya sama.
Sesungguhnya pengalaman itulah bakal teruji, apabila suami dan anak-anak menanti untuk dibawa… kepada sebuah kejayaan bersama, meniti usia pada menuju hari Tua..

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG..segala jasa pengorbananmu ku hargai ke dalam hidupku. segala kelebihan dan kekuranganmu abg terima dengan seadanya..sesungguhnya abg dan anak kita sangat bertuah kerana mempunyai isteri dan ibu seperti mu..
.....semoga dirimu sentiasa mendapat limpah kurnia di bawah Rahmat yang Maha Berkuasa...aminnn

kasihku abadi utk mu....mmuuaahhh..

Ahad, 9 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU

DUHAI BONDA
(Nowseeheart)

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Berkorban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka

Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada
Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu

Wahai bonda

Tahun ni tahun pertama umi bergelar ibu..semoga menjadi ibu yang terbaik demi sebuah keluarga..