salam semua..

munajatku..padaMU Tuhan..
Ampuni dosa ku masa silam..
sempurnakanlah kehidupanku..
murahkan rezeki dengan nikmat MU ..
jadikanku hamba bertakwa..
Tiang Iman untuk AGAMA..

Isnin, 29 Mac 2010

bicara isteri

"abg, petang nanti jom kite melawat kawan umi, k'yan dia baru bersalin.."
ok..x de hal jawab saya..
"tetapi anak yang dilahirkan kurang sempurna la abg? kesian k'yan..cm ner emosi dia?"

itu lah bicara kami pada  petang ini..melawat teman isteri yang baru melahirkan cahaya mata yang kurang sempurna.."mcm mana kalu berlaku perkara tu pada kita ye abg?'tanya isteri tersayang.

"walau ape pun sayang, bayi itu tetap hak milik ALLAH yang dipertanggungjawabkan pada hambaNYA..terima lah dengan seadanya. ALLAH itu maha mengetahui tentang segalanya.kita hanya insan yang lemah.jangan lah berfikir negatif, itu yang penting..satu kelebihan yang utama adalah 'Kita insan yang terpilih oleh ALLAH bagi memikul tanggungjawab tersebut.ALLAH tahu kita adalah insan yang kuat, yang boleh menghadapi segalanya.ALLAH tidak akan memberi tanggungjawab pada insan yang lemah..jadi bersyukurlah kita adalah INSAN YANG TERPILIH.."

kanak-kanak istimewa..brp ramai ibubapa yang dapat menerima hakikat sebegini? anak yang dilahirkan bagi pelengkap kehidupan, tetapi berlaku sebaliknya..adakah ini satu bebanan?. Bagi ibubapa yang berpegang teguh pada Qada dan Qada' daripada ALLAH tentu tersenyum kebahagian..Namun bagi yang sebaliknya,sudah tentu merintih, menangis tidak menerima hakikat..

Apa  yang penting, bersabarlah..kita hanya merancang tetapi ALLAH yang menentukan perancangan hidup setiap insan..Untuk anak yang bakal dilahirkan oleh isteri yang tersayang..

Abi mendoakan agar dikurniakan kesihatan yang baik, sempurna sifat fizikal dan mental bagi menempuh alam dunia ciptaan ALLAH..Abi menerima seadanya anugerah yang tidak ternilai daripada ALLAH S.W.T..iaitu seorang ANAK.. 

"Jangan sangka bahawa anda akan diberikan anugerah dalam segala hal, tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat banyak kebaikan. Sedangkan jika anda berfikir bahawa anda akan mendapat seluruh anugerah dan pemberian, maka hal itu adalah mustahil"...

Tiada ulasan: