salam semua..

munajatku..padaMU Tuhan..
Ampuni dosa ku masa silam..
sempurnakanlah kehidupanku..
murahkan rezeki dengan nikmat MU ..
jadikanku hamba bertakwa..
Tiang Iman untuk AGAMA..

Khamis, 25 Mac 2010

Diari Universiti Kehidupan

penulisan adalah kata-kata pada wajah. Seorang ustaz pernah berpesan pada diriku mengenai penulisan..
"kalau kamu betul-betul mahu menulis 'jangan menulis diri sendiri'. Ingat pesan ini, orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang orang lain. Hanya orang bodoh yang menulis tentang dirinya sendiri..Namun demikian tidak salah untuk kita menulis tentang diri serta pengalaman diri sendiri tetapi jangan lah keterlaluan..Ini kerana kekuatan ilmu lebih ampuh daripada kekuatan peribadi.
Hari ini aku akan cuba menulis tentang apa sahaja yang akan mendapat manfaat bagi diriku sendiri, isteri yang tersayang, anak yang dikasihi serta rakan-rakan yang menghargai..penulisan bagi ku adalah satu warisan yang akan ditinggalkan. Mudah-mudahan mendapat keberkatan dari ALLAH yang maha luas ilmu Nya.

Tiada ulasan: