salam semua..

munajatku..padaMU Tuhan..
Ampuni dosa ku masa silam..
sempurnakanlah kehidupanku..
murahkan rezeki dengan nikmat MU ..
jadikanku hamba bertakwa..
Tiang Iman untuk AGAMA..

Rabu, 21 April 2010

Nota Hati Seorang Lelaki

Hati seorang lelaki..
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki..
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI..

Sesungguhnya bebanan untuk diriku telah bertambah sebagai seorang ketua keluarga, dengan kehadiran seorang anak. Lelaki sebagai imam dan nahkoda untuk keluarganya. Pemimpin yang akan memikul segala  dosa seorang isteri dan anak jika tidak betul dalam mencorak sebuah rumahtangga yang disyariatkan.Namun seorang lelaki mestilah sanggup memikul sebuah tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan ke atas diri mereka.

"Sesungguhnya..hubungan kita dengan ALLAH memberi kesan langsung terhadap hubungan isteri terhadap kita. Baikilah hubungan dengan ALLAH untuk memperbaiki hubungan kita dengan isteri. Jangan mengharapkan ketaatan seorang isteri, sekiranya kita sendiri gagal mentaati ALLAH sebagai hambaNYA!"
Itulah sebaik-baik pesanan bagi insan yang bergelar suami lebih-lebih lagi untuk diriku sendiri. Namun kenapa diri terlalu lemah dalam mentadbir diri sendiri? Terlalu sukar untuk menjaga hubungan dengan ALLAH? lemahnya iman di dalam diri. semakin hari semakin hanyut dengan arus kehidupan dunia yang tidak pernah menanti keinsafan manusia,tetapi tetap berjalan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh ALLAH. Aku sebagai hamba masih menanti petunjuk hidayah itu.

Tiada ulasan: