salam semua..

munajatku..padaMU Tuhan..
Ampuni dosa ku masa silam..
sempurnakanlah kehidupanku..
murahkan rezeki dengan nikmat MU ..
jadikanku hamba bertakwa..
Tiang Iman untuk AGAMA..

Rabu, 28 April 2010

Peperiksaan Kenaikan Pangkat

28 & 29 Apr 2010 adalah hari yang penting buat diriku..Exam yang menentukan kerjayaku di dalam  perkhidmatan TUDM,yang mewajibkan aku lulus bagi dinaikkan pangkat setrusnya iaitu KPL U.. Di dalam kesibukan dengan kerja2 di pejabat yang begitu membebankan setelah balik bekerja dari cuti isteri bersalin selama 2 minggu meyebabkan sedikit tertekan..Buku nota dan segala rujukan  tidak sedikit pun lagi aku sentuh untuk mentelaah. Namun, aku yakin dengan izin ALLAH aku mampu menempuhnya.

Aku akan buat yang terbaik untuk diriku dan keluargaku yang tersayang..Ini masa untuk aku study sikit-sikit bagi memperingati segala yang dipelajari sebelum ini..

"Sesungguhnya kejayaan hari esok bermula pada hari ini..Kebahagiaann ilmu pengetahuan itu bersifat tetap, keagungannya kekal, namanya selalu dikenang; sedangkan kebahagiaan memiliki harta akan lenyap, keagungannya akan hilang dan namanya segera dilupakan.."

Rabu, 21 April 2010

Nota Hati Seorang Lelaki

Hati seorang lelaki..
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki..
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI..

Sesungguhnya bebanan untuk diriku telah bertambah sebagai seorang ketua keluarga, dengan kehadiran seorang anak. Lelaki sebagai imam dan nahkoda untuk keluarganya. Pemimpin yang akan memikul segala  dosa seorang isteri dan anak jika tidak betul dalam mencorak sebuah rumahtangga yang disyariatkan.Namun seorang lelaki mestilah sanggup memikul sebuah tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan ke atas diri mereka.

"Sesungguhnya..hubungan kita dengan ALLAH memberi kesan langsung terhadap hubungan isteri terhadap kita. Baikilah hubungan dengan ALLAH untuk memperbaiki hubungan kita dengan isteri. Jangan mengharapkan ketaatan seorang isteri, sekiranya kita sendiri gagal mentaati ALLAH sebagai hambaNYA!"
Itulah sebaik-baik pesanan bagi insan yang bergelar suami lebih-lebih lagi untuk diriku sendiri. Namun kenapa diri terlalu lemah dalam mentadbir diri sendiri? Terlalu sukar untuk menjaga hubungan dengan ALLAH? lemahnya iman di dalam diri. semakin hari semakin hanyut dengan arus kehidupan dunia yang tidak pernah menanti keinsafan manusia,tetapi tetap berjalan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh ALLAH. Aku sebagai hamba masih menanti petunjuk hidayah itu.

Sabtu, 10 April 2010

SELAMAT TIBA KE ALAM DUNIA "HANAA DURRATUL SUMAYYAH"

Alhamdulillah..Itulah semulia-mulia kalam yang selayaknya seorang hamba seperti aku ucapkan.Isteri tersayang telah selamat bersalin. Penantian selama 09 bulan penuh dugaan  dan cabaran sempurna dengan begitu baik pada petang 01 APRIL 2010 bersamaan 16 Rabbiulakhir 1431H.

PETANG YANG MENDEBARKAN

Mulai jam 11 pagi isteri mengatakan perut telah mula sakit..Doktor telah megesahkan dilation telah terbuka 4cm.Telah tiba masa isteri untuk di tolak ke Labour Room.Aku sentiasa bersama isteri tersayang dan debaran di dada hanya ALLAH yang tahu kerana ini adalah kelahiran anak pertama. Saat troli ditolak tangan isteri sentiasa diraih bagi memberi semangat bahawa suami mu ini sentiasa akan bersama.
pada jam 12.30 ketuban isteri ku telah pecah.Pengalaman pertama melihat air ketuban yang begitu banyak sehingga membasahi katil isteriku. Aku tahu isteriku tidak selesa dan sedang menanggung kesakitan yang amat sangat, terutamanya kesan induce yang diberi, dan sebagai suami tidak dapat berbuat apa-apa kecuali berdoa dan membantu pergerakan isteri seadanya.

Contraction semakin kerap dan kuat. Isteri tersayang meminta  Suntikan Epidural, bagi mengurangkan  kesakitan. Aku hanya mampu memberi sedikit urutan di pinggang bagi meredakan sedikit kesakitan dan memberi semangat buat isteri. Aku cuba yakinkan isteri bahawa tempoh bersalin sudah hampir dan semangat diperlukan untuk mengharung kesakitan yang sedang ditanggung.

Dalam suasana bilik bersalin yang sepi, Alhamdulillah beberapa orang doktor pakar datang.Kehadiran mereka serba sedikit menceriakan bilik bersalin walaupun kelihatannya isteriku agak gementar atau tidak selesa. Permintaan kami agar student nurse dari koleh MAHSA beredar jugak mendapat perhatian sewajarnya.Aku merasa kurang selesa dengan kehadiran student di dalam bilik bersalin itu kerana tiada privacy untuk isteriku.
Aku memegang tangan isteriku.Mulut tidak terlepas daripada membaca Ayaat Al-Kursi,berselawat dan berdoa bagi memohon keringanan daripada ALLAH YANG MAHA KUASA.
Rasa gementar di dalam diri kerana aku tahu signifikan setiap proses melahirkan anak itu adalah suatu pertarungan antara hidup dan mati. Sesuatu yang sepatutnya turut suami alami di medan jihad ini..

KETIBAAN

Tepat jam 3.45 Isteri telah bersedia untuk meneran. Apabila tiba sahaja contraction yang kuat push pertama terus berjaya mengeluarkan kepala anak kami. Alhamdulillah, apabila tiba contraction yang berikutnya, push yang kedua berjaya mengeluarkan bahu si bayi dan tepat jam 3.54 petang, HANAA DURRATUL SUMAYYAH selamat dilahirkkan dengan sempurna. Suasana yang cukup cemas dan mendebarkan pada semua yang berada di bilik bersalin ini. Pengalaman yang tidak akan ku lupakan melihat penderitaan isteri tersayang bersabung nyawa melahirkan  yang pertama. Suatu kelegaan besar dan diiringi dengan rasa syukur..Tetap proses bersalin belum berakhir..
Placenta atau uri perlu dikeluarkan dengan sempurna dan bahagian-bahagian yang terkoyak perlu dijahit semula. Dibahagian inilah aku rasa air mata mahu menitis melihat kesakitan yang dialami oleh isteri tersayang. Rasanya mahu sahaja aku heret budak-budak muda yang gatal lupa Tuhan tengok apakah yang dinamakan proses bersalin itu? Biar menjadi peringatan buat diriku sendiri dan mereka-mereka agar ingat balik sakitnya ibu masing-masing melahirkan mereka dahulu. Biar mendapat peringatan bahawa pergaulan bebas dan kegatalan jiwa itu jangan setakat memikirkan 'sedap' yang sekejap tanpa memikirkan 'sakit' yang menanti...

Hanaa Durratul Sumayyah dilahirkan dengan seberat 2.58kg. Aku mengangkatnya dengan lafaz Bismillah dan ucapan salam serta seterusnya melaungkan azan di telinga kanan, iqamat di telinga kiri cahaya mata yang baru tiba ke alam dunia itu. Biar kalimah yang membesar dan mengagungkan Allah menjadi santapan telinga buatnya. Seruan menTauhidkan ALLAH memuliakan Rasulullah,menjaga solat dan cemerlang dunia akhirat. Segala yang ada di dalam seruan suci itu sudah cukup untuk menyimpulkan segala impian harapan dan pelan kehidupan untuk anak yang tersayang. Setelah meguruskan bayi, aku bergegas pula ke arah isteri yang mengalami pengdarahan dan luka yang teruk dan dalam. Doktor memerlukan tandatangan aku kerana isteri terpaksa dimasukkan ke bilik operate bagi menjahit luka di dalam yang panjang. Sedih melihat penderitaan isteri yang belum berakhir demi melahirkan anak kami yang pertama. Tepat jam 7.30 isteriku disorong ke bilik operation dan aku yang menunggu di luar hanya mampu mndoakan pada ALLAH bagi meringankan dan memudahkan segala urusan.

Syukur ALHAMDULILLAH jam 09.35  malam isteri selamat keluar dari bilik operate dan jururawat telah memindahkan isteriku di katil hadapan yang berhampiran dengan stesyen mereka dan tandas. Hajat di hati ingin menemani isteri di wad. Namun kerana peraturan wad yang tidak membenarkan suami menemani isteri di wad menghalang kamahuanku. Bimbang isteriku pitam kerana kehilangan banyak darah tanpa disedari jururawat bertugas. Aku sampai di rumah pada jam 11.40 mlm dan esok pagi ada tugasan yang perlu diselesaikan iaitu mengambil mak dan mak mertua yang akan tiba jam 0430 pagi dan menguruskan uri.

MENGURUSKAN URI

Tiada sebarang aturan dari segi hukum Syara’ tentang kaedah menguruskan uri. Malah kepercayaan-kepercayaan tentang hubungan di antara uri dengan bayi yang lahir serta tertib-tertib tertentu pada menguruskannya, semua itu adalah kepercayaan yang tidak mempunyai sebarang asas di dalam hukum Syara’. Namun, sebagai sebahagian daripada anggota badan yang keluar bersama bayi yang lahir, ia wajarlah dilupuskan dengan cara yang baik, agar tidak menjadi busuk apatah lagi dimakan binatang buas seperti anjing. Pagi itu dengan bantuan mak dan mak mertua, aku membasuh uri tersebut dengan cuka, air asam jawa juga sedikit garam kasar sebagaimana membasuh ikan yang disiang. Tujuannya adalah untuk membersihkan darah yang banyak agar ia tidak busuk.. aku belum pasti di manakah uri itu patut ditanam, memandangkan halaman rumah kami sudah tidak bertanah. Cuma, membasuh uri ini memang mencabar. aku yakin, sesiapa yang tidak tahan dengan bau darah akan dengan mudah pitam disebabkan oleh darah yang banyak, tali pusat yang berpintal-pintal dan bau darah yang kuat. Di sinilah mungkin satu peluang yang wajar dimanfaatkan oleh para suami untuk berbakti sebagai sebahagian daripada cara menghargai isteri dan anak. Basuhlah uri itu.


 Insya Allah pengalaman membasuh dan menguruskannya akan menjadikan kita lebih menghargai isteri dan anak-anak. Bukan kata Quran atau Hadith, sekadar secebis pengalaman peribadi.


Semoga isteri tersayang dan Hanaa Durratul Sumayyah sihat-sihat dan boleh segera pulang ke rumah. Aminnn.....