salam semua..

munajatku..padaMU Tuhan..
Ampuni dosa ku masa silam..
sempurnakanlah kehidupanku..
murahkan rezeki dengan nikmat MU ..
jadikanku hamba bertakwa..
Tiang Iman untuk AGAMA..

Selasa, 4 Mei 2010

QADHA DAN QADAR

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah ada di dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum kami menjadikannya.."

Dakwat pena sudah kering, lembaran-lembaran catatan ketentuan sudah disimpan, tiap-tiap perkara sudah diputuskan dan takdir telah ditetapkan.Sesuatu yang membuat kita jadi benar maka ia tidak akan membuat kita jadi salah.Sebaliknya, apa yang membuat kita jadi salah maka ia tidak akan membuat kita jadi benar.

Jika keyakinan tersebut tertanam kuat di dalam jiwa kita  dan kukuh bersemayam di dalam hati setiap insan maka tiap-tiap bencana akan menjadi anugerah, tiap-tiap ujian akan menjadi kurnia, dan tiap-tiap peristiwa menjadi penghargaan pahala dan dosa.
   "sesiapa yang dikehendaki ALLAH menjadi baik maka ia akan diuji olehNYA"
Justeru jangan sekali-kali merasa susah hati dan bersedih disebabkan suatu penyakit,kematian yang semakin dekat,kerugian harta, atau rumah terbakar. Bagaimanapun, sesungguhnya Yang Maha Mencipta sudah menentukan segala sesuatunya dan takdir sudah muktamad.

Ingat lah bahawa selepas lapar ada kenyang, selepas haus ada kepuasan, selepas berjaga malam ada tidur yang lena, dan selepas sakit ada kesembuhan. Tiap-tiap yang hilang pasti ditemui, dalam kesesatan ada petunjuk, dalam kesusahan ada kemudahan, dan selepas kegelapan akan muncul sinar terang. Sampaikanlah khabar gembira kepada malam hari bahawa sang fajar pasti datang menghalaunya dari puncak-puncak gunung dan dasar-dasar lembah..Kepada diriku dan semua yang dilanda kesusahan ingatlah bahawa bantuan akan datang secepat kelibat cahaya dan kedipan mata serta setiap yang ditindas ketahuilah bahawa kelembutan dan dekapan hangat akan segera tiba..

Ketika kita melihat hamparan padang pasir yang seolah-olah memanjang tanpa batas, ketahuilah bahawa disebalik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan..Ketika kita melihat seutas tali terpilin kencang,ketahuilah  bahawa tali itu akan segera putus..Tiap-tiap tangisan akan berkesudahan dengan senyuman,ketakutan akan berakhir dengan rasa aman, dan kegelisahan akan lenyap dengan hadirnya kedamaian..

Justeru itu
buat ingatan diriku..isteri dan anak tersayang, janganlah sekali-kali merasa terhimpit pun sebab tiap-tiap keadaan pasti akan berubah. dan sebaik-baik ibadah adalah menunggu kemudahan dengan sabar. Hari demi hari akan terus bergilir, tahun demi tahun terus berubah, malam  demi malam pun datang silih berganti..

"Hendaklah jangan lupa bahawa sesungguhnya selepas kesusahan itu tetap akan muncul kemudahan..."

Tiada ulasan: